Wanita Maut, 7 Cedera Kemalangan Libatkan Bezza, Persona, Saga & Triton Di Jengka

18 Oct 2022 • 11:40 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Maut, 7 Cedera Kemalangan Libatkan Bezza, Persona, Saga & Triton Di Jengka

Seorang wanita dilaporkan maut dalam nahas yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Utama Felda Jengka 19, Pahang malam tadi. Dalam pada itu, tujuh indivudu yang turut terlibat dilaporkan cedera.

Memetik Astro Awani, mangsa maut merupakan seorang wanita dewasa manakala dua lagi yang tersepit merupakan seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang lelaki dewasa turut cedera.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jengka, Mohd Nazri Abd Rafar berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu melibatkan empat kenderaan iaitu Perodua Bezza, Proton Persona, Proton Saga dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Beliau menjelaskan seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mereka menerima laporan berkaitan tragedi tersebut.

“Terdapat seorang wanita dewasa meninggal dunia di tempat kejadian yang disahkan oleh kakitangan perubatan. Manakala seorang wanita dewasa dan lelaki dewasa tersepit dalam kejadian itu.

“Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

“Mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Awani.

Sumber: Astro Awani