Wanita Maut Dicampak Dari Van: Mangsa Sempat Minta Bantuan CPR Sebelum Meninggal – Saksi

LocalPolitics
7 May 2025 • 9:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Peningkatan kes jenayah di sesebuah negara pastinya menjadi suatu kebimbangan kerana akan memberi kesan yang sangat buruk.

Susulan itu, pihak berkuasa sentiasa berusaha dalam menangani isu jenayah di negara masing-masing agar ia tidak terus berleluasa demi keselamatan rakyat.

Tidak dinafikan, sehingga hari ini, kes jenayah seperti merompak, bunuh dan bermacam lagi masih lagi berlaku di serata dunia termasuklah Malaysia.

Wanita maut selepas dicampak dari van di Lebuhraya Kesas

Seperti baru-baru ini, seorang wanita dilaporkan maut selepas dicampak dari sebuah van di tepi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.58 petang semalam (6 Mei).

Menurutnya, pengadu memaklumkan ternampak seorang wanita dicampak dan jatuh dari sebuah van sebelum kenderaan itu beredar.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 44 tahun dan beralamat di Menglembu, Ipoh disahkan maut di lokasi oleh petugas hospital,” katanya memetik Kosmo.

Jelas Aidil lagi, mangsa yang meninggal dunia juga bukan Datin Seri Pamela Ling yang sebelum ini dilaporkan hilang.

Mangsa masih hidup selepas dicampak dari van

Dalam pada itu, seorang saksi yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku memaklumkan bahawa wanita terbabit masih hidup ketika sedang bergolek di atas jalan raya.

Saksi yang dikenali sebagai Faizan Ahmad, 34, berkata, ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan untuk ke pejabatnya sebelum kereta di hadapannya brek mengejut.

 “Kemudian saya nampak wanita itu telah bergolek di atas jalan raya. Kemudian saya dan orang ramai lain turun untuk lihat.

“Ketika itu wanita berkenaan masih hidup dan dia meminta kami di lokasi untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR). Saya terus buat panggilan kecemasan.

“Saya tidak berani sebab terlampau banyak darah, tetapi ada individu lain yang berikan bantuan pernafasan. Sehinggalah ambulans sampai, wanita itu sudah meninggal dunia,” katanya kepada Kosmo.

Badan mangsa dipenuhi kesan lembam

Menurutnya lagi, dia melihat keadaan wanita itu sangat teruk dengan ada beberapa kesan lebam pada badan mangsa.

Berkongsi lanjut, Faizan berkata dia tidak memberikan perhatian kepada van berkenaan kerana ada sebuah lagi kenderaan di hadapan keretanya.

“Namun van itu memecut laju selepas mencampak wanita tersebut ke atas jalan raya,” katanya.

Source: