Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

31 May 2023 • 2:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 22 tahun maut ditikam lelaki dipercayai bekas tunangnya di sebuah premis di sebuah pusat beli-belah di Jalan Haji Saman, di sini, Isnin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita itu ditemui terbaring di atas lantai premis berkenaan dengan beberapa kesan tikaman di badannya.

Pada masa sama, suspek berusia 33 tahun yang masih berada di lokasi kejadian ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya Superintendan Kalsom Idris berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian itu.

SPONSORED CONTENT Under Armour introduces its latest outlet at the IMAGO Shopping Mall in Kota Kinabalu Kota Kinabalu: Everyday athletes and performance enthusiasts in Sabah can now get their hands on a wide range of performance gears in Sabah’s newest Under Armour outlet at the IMAGO Shopping Mall. Read more Sebaik tiba di lokasi, beliau berkata mangsa didapati masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah dan pegawai perubatan segera memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Bagaimanapun, Kalsom berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman di badannya.

“Pasukan polis turut menahan seorang lelaki yang juga bekas tunang mangsa untuk siasatan lanjut.

“Kami juga merampas sebilah pisau dipercayai digunakan suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kalsom berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kes itu termasuk mengenal pasti motif kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di tempat kejadian.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.