Wanita Maut Dipercayai Jatuh Atas Bumbung Pusat Beli-Belah

11 Nov 2024 • 7:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Wanita Maut Dipercayai Jatuh Atas Bumbung Pusat Beli-Belah

Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh di atas bumbung sebuah pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur, pada pagi Isnin.

Menurut sumber, mangsa dipercayai terjatuh dari bangunan bersebelahan pusat beli-belah tersebut.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Md Fuad Selamat, mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit sekitar jam 3.57 pagi.

Sejurus laporan diterima, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Jalan Hang Tuah segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, kami mendapati seorang wanita, dipercayai warga asing, telah jatuh di atas bumbung pusat beli-belah tersebut.

“Mangsa berjaya diturunkan pada jam 7.48 pagi menggunakan skylift milik bangunan itu dan teknik lowering,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available
Gambar: JPBM KL

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia dan pihak polis sedang menyiasat punca kejadian terbabit.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian