
SANDAKAN: Seorang wanita berusia 32 tahun maut dipercayai terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Sandakan, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George B. Abd Rakman, berkata kejadian berlaku sekitar jam 12.25 tengah hari, sebelum pihak pengurusan bangunan menghubungi polis dua minit kemudian selepas menemui mangsa.
“Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di balkoni tingkat empat bangunan berkenaan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki. Mangsa yang berpakaian lengkap dikenal pasti sebagai seorang suri rumah warga asing,” katanya dalam kenyataan.
Menurut George, mangsa dipercayai mengalami tekanan berkaitan masalah rumah tangga.
Bagaimanapun, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah atau perbuatan khianat dalam insiden tersebut.
Pasukan bomba digegas ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan untuk mengangkat mayat mangsa yang ditemui di lokasi yang sukar diakses dari dalam bangunan.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat, yang dijadualkan hari ini (Selasa).
Kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR), dan orang awam diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.


