Wanita maut dirempuh pemandu Tesla langgar lampu merah

24 Nov 2026 • 9:35 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Wanita maut dirempuh pemandu Tesla langgar lampu merah

KULIM: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan elektrik (EV) Tesla yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) 1, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Syamsul Sinring berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, mangsa Noor Lela Zainon, 39, yang memandu Proton Saga FL, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati Tesla yang dipandu seorang lelaki berumur 29 tahun itu dalam perjalanan dari arah Lebuh Perdana menghala ke Naga Lilit, manakala kenderaan dipandu mangsa dari arah Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE) menuju ke Lebuh Perdana.

“Ketika tiba di persimpangan berkenaan, pemandu Tesla dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum bertembung dengan kereta dipandu mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pemandu Tesla yang bekerja sebagai jurutera itu mengalami kecederaan pada tangan kanan.

“Pagi ini, kita akan mengemukakan permohonan reman terhadap pemandu Tesla bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa pemandu Tesla berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian, Syamsul berkata ujian telah dijalankan dan pihak polis masih menunggu keputusan makmal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved