
SANDAKAN: Seorang wanita warga tempatan berusia 47 tahun maut selepas terjatuh dari bangunan di Blok A, Residensi Borneo Cove, pada malam Selasa.
Ketua polis daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat dari penduduk sekitar pada jam lebih kurang 8 malam.
Advertisement“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 47 tahun, berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya.
“Mangsa ini juga bukan merupakan penduduk di Residensi Borneo Cove.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mangsa dipercayai jatuh dari aras yang tinggi Bangunan Blok A berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup yang ada di lokasi kejadian,” katanya, sambil menambah kes dikategorikan sebagai kes mati mengejut.

