
SANDAKAN: Lima orang cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang dan tukul di sebuah restoran di Batu 3, Jalan Utara Sandakan pada jam 9.11 pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, suspek datang ke restoran itu dan tiba-tiba menyerang orang awam di premis tersebut.
AdvertisementSelepas itu, suspek turut dilihat bertindak agresif di jalan raya dan cuba memukul setiap kenderaan yang melalui jalan tersebut.
“Pihak polis tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan sekali gus menangkap suspek.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mangsa yang cedera terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan berumur antara 34 hingga 63 tahun.
“Kesemua mangsa dibawa dan dirawat di Hospital Duchess of Kent serta dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan kepada media.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Manakala, suspek berumur 29 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan polis berterima kasih atas maklumat awal diberikan berkaitan kejadian berkenaan.

