Wanita Maut Jatuh ‘Tersembam’ Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

19 Aug 2022 • 9:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Maut Jatuh ‘Tersembam’ Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

Seorang wanita berusia 29 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika menyertai pertandingan lari dalam guni dalam kejadian di Mangkabumi, Tasikmalaya baru-baru ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika mangsa menyertai pertandingan sempena memperingati Hari Kemerdekaan Indonesia di kampungnya.

Dari hasil pemeriksaan, diketahui bahawa wanita itu baru sahaja melahirkan anak dua bulan lalu dan pernah mengalami serangan hipertensi.

Ketua Polis Mangkubumi, Inspektor One Hartono berkata, sebelum meninggal dunia, wanita berkenaan menyertai acara lari dalam guni itu dalam keadaan gembira.

image is not available

Namun ketika sedang berlumba, dia dilaporkan tiba-tiba terjatuh dan kepala serta mukanya telah terhentak pada tar jalan.

Sejurus selepas itu dia dilaporkan terus pengsan sebelum digegaskan ke klinik.

Namun ketika dalam perjalanan ke klinik, wanita tersebut dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Dari keterangan saksi di tempat kejadian, mangsa menyertai acara lari dalam guni bersama dengan penduduk bagi menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia,” kata Hartono.

“Mangsa telah terjatuh dan kepala serta mukanya terhentak ke tar jalan sehingga pengsan dan tidak sedarkan diri, kemudian penduduk setempat menghampiri dan cuba membantunya sebelum segera menghantarnya ke klinik,” katanya lagi.

image is not available

Sementara itu, seorang saksi berkata, beberapa penduduk telah melarangnya menyertai acara tersebut kerana dia baru dua bulan bersalin.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa kelihatan bersemangat untuk menyertai pertandingan itu.

“Penduduk setempat cuba membantu mangsa selepas terjatuh. Kami penduduk bergegas mengejarkannya ke klinik namun belum sempat sampai ke klinik dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” jelasnya.

Berhubung kematian mangsa, Ketua Polis Mangkubumi berkata, pihak keluarga menganggap kematian wanita berkenaan sebagai ajal.

Selepas kejadian itu, jenazah wanita tersebut segera dikebumikan di tanah perkuburan awam.

“Keluarga mangsa redha ke atas kejadian itu. Mereka tidak akan menyaman sesiapa ekoran kejadian tersebut. Kerana, apa yang menimpanya adalah takdir dan keluarga juga telah mengebumikannya di tanah perkuburan awam,” katanya lagi.

Sumber: Kompas.com