Wanita Maut Jatuh Tingkat 23, Dipercayai Ditolak Kekasih Lepas Bergaduh

29 Feb 2024 • 9:40 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita maut jatuh tingkat 23 dipercayai selepas ditolak oleh kekasihnya di sebuah kondominium di Setia Alam, malam tadi.

Jatuh ke tingkat tujuh kondominium

Menerusi video yang tular di media sosial, dapat dilihat wanita berkenaan jatuh melayang ke bawah sebelum jasadnya terbaring di tepi kolam renang di tingkat tujuh kondominium tersebut.

Mangsa warga Thailand

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan yang mangsa merupakan wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan ketika kejadian dia dan teman lelakinya bergaduh di balkoni.

Difahamkan, suspek yang merupakan warga tempatan berusia 37 tahun telah ditahan pihak polis sekitar jam 10.10 malam.

“Suspek iaitu lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan di lokasi kejadian pada 10.10 malam.

Hasil semakan mendapati lelaki itu yang juga pemandu lori mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis kanabis,” katanya.

image is not available

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025.

Sumber: X odrooZ, Harian Metro (Norzamira Che Noh)