Wanita maut kebakaran pangsapuri disebabkan asap, luka

29 Jul 2024 • 7:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Bedah siasat terhadap wanita yang ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah unit rumah pangsapuri di Taman Lembah Maju, Ampang, mengesahkan mangsa maut akibat terhidu asap berlebihan dan luka kebakaran.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata hasil bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras itu diperolehi hari ini.

“Mangsa lelaki yang mengalami kecederaan masih lagi dirawat di Hospital Ampang dan masih belum sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata setakat ini lapan individu telah dipanggil dan dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan mengesan sekiranya terdapat elemen jenayah lain.

Semalam, media melaporkan wanita berusia 28 tahun maut manakala seorang lelaki berumur 37 tahun melecur tangan kanan dalam kebakaran di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api terhadap harta benda dan polis turut membuka kertas siasatan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved