Wanita maut kereta dihanyutkan arus, seorang terselamat

26 Nov 2025 • 1:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KOTA BHARU, 26 NOV: Seorang wanita maut manakala seorang lagi terselamat selepas kereta dinaiki dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi mengenai sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang dihanyutkan arus di kawasan berkenaan.

“Jentera bomba tiba di lokasi tiga minit kemudian dan operasi mencari serta menyelamat segera dijalankan. Mangsa pertama, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin berjaya diselamatkan manakala seorang lagi wanita Siti Gayah Zakaria didapati hilang.

"Mangsa kedua (Siti Gayah) ditemukan pada 7.49 pagi tadi tidak jauh dari lokasi kereta berkenaan tersangkut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi melibatkan anggota BBP Tanah Merah bersama sebuah jentera FRT sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved