Wanita maut kereta dipandu tunang masuk parit

21 Jan 2023 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang ada dalam kereta yang terbabas di Langkap, Teluk Intan.

image is not available
Pasukan bomba mengeluarkan wanita sebelum disahkan maut oleh pasukan perubatan dalam kejadian di Jalan Chui Chak - Langkap, Teluk Intan pada Sabtu. -Foto: Ihsan JBPM Perak

TELUK INTAN - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu tunangnya terjunam ke dalam parit di Jalan Chui Chak- Langkap di sini pada petang Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Fatihah Ismail, 29, disahkan maut di tempat kejadian manakala tunangnya berusia 30 tahun serta adik perempuan yang belum dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan.

Difahamkan ketiga-ketiga mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Civic dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kampung Gajah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.28 petang.

"Setibanya di lokasi, lelaki berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam manakala dua wanita masih berada dalam kenderaan terbabit.

**media[2065540]**

"Pemeriksaan mendapati mereka tidak tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa terus digerakkan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan dan operasi tamat pada jam 7.23 petang.