Wanita Maut, Lori Rempuh 5 Kereta lori Di Lampu Isyarat

28 Sep 2024 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita maut akibat tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta dinaiki dan lima buah kenderaan lain dirempuh lori muatan tanah, semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Persiaran Negeri dekat Persimpangan Lampu Isyarat Persiaran Golf, Nilai, semalam.

Bagaimanapun, hasil ujian urin ke atas pemandu lori berkenaan mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.

image is not available

Susulan itu, permohonan reman terhadap lelaki berusia 30 tahun itu telah dibuat semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, pemandu lori itu hilang kawalan lalu melanggar lima buah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat berwarna merah.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu oleh seorang wanita berusia 31 tahun telah tersepit di tempat duduk pemandu. Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available

“Empat orang mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Alza mengalami kecederaan ringan. Pemandu lori dan empat orang yang masing-masing yang menaiki tiga lagi kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya.