Wanita maut rempuh tembok batu, dipercayai cuba lari dari suami

13 Feb 2025 • 12:12 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang pekerja kilang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh tembok batu di Kampung Pengkalan, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan mendapati mangsa, Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai bertengkar dengan suaminya sebelum kejadian.

“Ketika dalam perjalanan pulang, suaminya mengekorinya dari belakang, menyebabkan mangsa bertindak memecut motosikalnya untuk melarikan diri. Namun, motosikalnya hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh tembok batu,” katanya.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.45 pagi berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, dan pihak polis akan memanggil suami mangsa untuk diambil keterangan serta mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved