Wanita Dikejar Suami Selepas Bertengkar Maut Kemalangan, Motor Terlanggar Tembok

13 Feb 2025 • 9:26 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
maut

Seorang wanita berusia 27 tahun, Nur Erdiyanah Samsul Maarif, dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dan merempuh tembok batu di Kampung Pengkalan, Alor Gajah.

Kejadian tragis ini dipercayai berlaku selepas dia dikejar oleh suaminya yang turut menunggang motosikal gara-gara satu pertengkaran.

Pergaduhan bertukar tragedi

image is not available

Memetik laporan The Star, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya kini masih menyiasat kejadian yang melibatkan wanita dari Kapar, Selangor itu.

Menurutnya, saksi kejadian menyatakan sebelum kemalangan berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suaminya yang berusia 22 tahun.

Pertengkaran menyebabkan suami mengikut mangsa dengan menaiki motosikal berasingan. Mangsa bagaimanapun memecut motosikal dan terbabas.

Mangsa maut di tempat kejadian

image is not available

Difahamkan, mangsa sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Melaka Pindah ke arah Jalan Kasa Height.

Ketika melalui selekoh tajam berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tembok batu.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan kejadian ini, suami mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang telah dipanggil oleh pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Polis juga sedang menyiasat punca sebenar pergaduhan pasangan ini serta kemungkinan untuk mereman suami mangsa bagi membantu siasatan lanjut.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: The Star


The post

appeared first on

.