Wanita maut rumah dihempap tanah runtuh

LocalEnvironment
5 Mar 2025 • 8:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh menimpa sebuah rumah di Kampung Lok Bunu, Sepanggar, Kota Kinabalu.

image is not available
Seorang wanita maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa rumahnya di Kampung Lok Bunu, Jalan Sepanggar, di sini pada Rabu.

KOTA KINABALU - Seorang wanita maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa rumahnya di Kampung Lok Bunu, Jalan Sepanggar, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, wanita berusia 53 tahun berjaya dikeluarkan dari runtuhan tersebut namun disahkan meninggal dunia manakala anak lelakinya berusia 25 tahun sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.32 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 23 kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

"Menurut laporan, berlaku hakisan tanah runtuh yang telah menimbus sebuah rumah jenis tidak kekal dan menyebabkan kerosakan 100 peratus terhadap rumah tersebut.

**media[3031980]**

"Dalam kejadian itu juga, terdapat dua mangsa terlibat di mana seorang wanita yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala seorang lagi lelaki dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Ordine lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian," katanya.