Wanita Warga Emas Maut Terbakar, Disyaki Angkara Anak Lelaki OKU Mental

3 Mar 2025 • 2:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita warga emas maut dengan kesan terbakar di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, Alor Setar semalam dipercayai dibunuh oleh anaknya selepas berlaku pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar mendapat panggilan memaklumkan tentang kejadian lelaki mengamuk pada jam 7.48 pagi.

Polis yang tiba di lokasi kejadian membuat tangkapan terhadap suspek yang dikatakan mengamuk sebagaimana dilaporkan dan menemukan mayat dalam keadaan terbakar di dalam rumah, dipercayai dibunuh.

image is not available

Menurut anak suspek yang ditemu bual, dia terdengar pertengkaran antara bapanya (suspek) dengan neneknya (si mati) sekitar 7 hingga 7.30 pagi. Apabila terdengar jeritan neneknya meminta tolong, dia terus berlari keluar dari rumah dan meminta bantuan jiran.

Beberapa jiran cuba melihat apa yang berlaku namun diancam oleh suspek, menyebabkan mereka terpaksa menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Lelaki itu berjaya ditahan di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut kemudian menemui ibu suspek, yang berusia 68 tahun dalam keadaan terbakar.

Hasil semakan mendapati suspek yang berusia 43 tahun adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental.

image is not available

Mayat wanita warga emas itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 days ago

Bapa 70 Tahun Cedera Di Kepala & Telinga, Ditetak Anak OKU Mental Selepas Bertengkar