Wanita maut, suami empat anak cedera kemalangan Tanah Merah

24 Sep 2026 • 8:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita maut, suami empat anak cedera kemalangan Tanah Merah

KOTA BHARU, 24 SEPT: Seorang wanita maut manakala suami dan empat anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dan Toyota Hilux di Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, Tanah Merah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Tengku Ziarulwida Tuan Zainudin, 39, yang merupakan penumpang Perodua Alza, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Perodua Alza yang dipandu suami mangsa Mohd Saifulzawawi Ghani, 39, dari arah Rantau Panjang, Pasir Mas menghala ke Panglima Bayu dipercayai memasuki laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan Toyota Hilux yang dipandu Che Ibrahim Che Min, 48.

“Mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut dan bedah siasat. Pemandu Perodua Alza mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Zon Merah, manakala empat anak pasangan itu turut cedera, dengan dua daripadanya dilaporkan parah dan dirawat di Zon Merah. Dua lagi menerima rawatan di Zon Kuning,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Haki berkata pemandu Toyota Hilux pula mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved