Wanita maut tergelincir ketika ke sungai untuk memancing

26 Nov 2026 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita maut tergelincir ketika ke sungai untuk memancing
Mangsa berusia 35 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk pemeriksaan lanjut. Gambar hiasan

GUA MUSANG - Hasrat seorang wanita Orang Asli meluangkan masa bersama keluarga dengan memancing di sungai berakhir tragedi apabila dia maut selepas dipercayai tergelincir dan terjatuh di atas batu di Kampung Peng, Pos Balar di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 35 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama keluarganya dalam perjalanan ke sungai untuk memancing.

"Setiba di lokasi mangsa telah tergelincir dan terjatuh di atas batu di pinggir sungai sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Susulan kejadian itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan membantu membawa mangsa keluar dari lokasi untuk dihantar ke Hospital Gua Musang berikutan keadaan jalan yang agak teruk akibat hujan lebat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Choon Foo berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarangn spekulasi berhubung kejadian berkenaan yang boleh mengganggu siasatan serta menyentuh sensitiviti keluarga mangsa.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di kawasan sungai dan kawasan tinggi," katanya.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved