[VIDEO] Laluan ke Cameron Highlands melalui Lojing ditutup

21 Nov 2026 • 8:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Laluan ke Cameron Highlands melalui Lojing ditutup

GUA MUSANG – Laluan utama menghubungkan Tanah Tinggi Lojing ke Cameron Highlands, Pahang ditutup sebahagian selepas berlaku tanah runtuh di FT185 berhampiran Yayasan Albarakah di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu menyebabkan lorong kiri menuju ke Cameron Highlands di Seksyen 84.15 ditutup kepada semua kenderaan.

Berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang memaklumkan, tanah runtuh itu membabitkan kawasan sepanjang 20 meter dengan kedalaman 30 meter.

Katanya, kejadian turut menyebabkan permukaan jalan mengalami rekahan sepanjang 30 meter dengan lebar jalan 10.40 meter.

“Tanda Maklumat Pemberitahuan (TMP) sudah dipasang di lokasi kejadian bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

The post [VIDEO] Laluan ke Cameron Highlands melalui Lojing ditutup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved