“Wanita Memang Tak Boleh Susah Bersama” – Berita Isteri Faisal Halim Mohon Cerai Terima Banyak Komen Sindiran

LocalEntertainment
2 Sep 2025 • 4:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas berita mengenai Nur Syazwani Mizuana Shahril memfailkan perceraian terhadap pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, tular di media sosial, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang meluahkan rasa simpati terhadap Faisal yang sebelum ini diuji dengan tragedi disimbah asid, malah ada juga yang menuding jari kepada isterinya. Sesetengah komen bernada sinis seperti “Perempuan memang macam tu, waktu senang nak bersama, waktu susah terus chow” mencuri perhatian dan mengundang perdebatan hangat.

image is not available

Namun begitu, ada juga netizen yang tampil menegur agar orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum kerana hanya pasangan itu mengetahui kisah sebenar rumah tangga mereka.

Ramai yang menasihatkan agar isu ini dilihat secara adil tanpa menyalahkan mana-mana pihak, memandangkan perceraian adalah jalan terakhir dalam sebuah perkahwinan.

image is not available

Akhirnya, ramai yang sepakat mendoakan yang terbaik buat Faisal dan Syazwani, agar keputusan yang diambil memberi ketenangan serta masa depan lebih baik, terutama demi anak mereka, Khalish Aryan.

image is not available 2025-09-02 16:10:49

(TERKINI) 6 Tahun Bersama, Isteri Faisal Halim Fail Permohonan Cerai