Wanita Menari Atas Meja Di KDCA Sabah, Buat Netizen Berang

2 Jun 2023 • 4:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menari di KDCA, malah kaki mabuk pun tidak menari atas meja

Wanita Menari Atas Meja Di KDCA Sabah, Buat Netizen Berang. Seorang individu memuat naik satu hantaran video yang memaparkan dua wanita menari atas meja di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Sabah.

“Kami yang kaki mabuk ni pun tak buat tarian i ni di KDCA, sebab tempat tu bukan kelab,” tulisnya di laman TikTok.

“Ya ada juga minum sana kalau malam rancak tapi tidak juga begini,” ujar pemilik TikTok lagi di dalam video tersebut.

image is not available
Sumber: TikTok

Untuk makluman, KDCA ialah sebuah pertubuhan bukan politik bagi 40 suku asli di Sabah, Malaysia yang tergolong dalam kelompok etnik Kadazandusun.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok itu, rata-rata netizen berang dengan kelakuan tidak senonoh itu yang melibatkan dua wanita tersebut.

Netizen turut malu dengan kelakuan itu

“Perlu ada orang yang pantau tahun depan, sesiapa yang memalukan, terus bagi keluar,” ujar seorang pengguna tiktok.

image is not available
Sumber: TikTok

“Kalau boleh musim Kaamatan ni biarlah muzik berkaitan perayaan Kaamatan sahaja, kalau macam ni dah lari tajuk.

“Kalau pelancong datang lepas tu tengok menari macam tu, apa lah yang mereka fikirkan,” kata seorang lagi pengguna tiktok, turut malu dengan kelakuan wanita menari atas meja tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: