Carol Abbey Gail dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2023

1 Jun 2023 • 1:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Jelitawan dari Papar, Carol Abbey Gail dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2023 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang, Rabu.

Graduan Ekonomi Kewangan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 24 tahun itu membawa pulang wang tunai RM12,000, mahkota, trofi, biasiswa dan barangan tajaan.

Carol mengambil alih peranan “Huminodun” daripada pendahulunya Frenerietta Sobitun yang merupakan UNK tahun lepas mewakili Sandakan.

Turut hadir untuk penyampaian mahkota ialah Isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri Datuk Juliah Salag.

SPONSORED CONTENT Under Armour introduces its latest outlet at the IMAGO Shopping Mall in Kota Kinabalu Kota Kinabalu: Everyday athletes and performance enthusiasts in Sabah can now get their hands on a wide range of performance gears in Sabah’s newest Under Armour outlet at the IMAGO Shopping Mall. Read more Carol yang berasal dari Kg Balailait, Papar berharap dapat menggunakan platform baharunya sebagai UNK untuk memperkasakan tradisi Kadazan Dusun Murut, terutamanya dalam muzik tradisional dan kraftangan.

“Saya berharap dapat melakukan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Unduk Ngadau Kaamatan dan saya akan memberikan komitmen sepenuhnya. Kemenangan ini amat bermakna buat saya, saya sangat gembira kerana saya tidak menjangkakan kemenangan ini.

“Dengan sokongan orang Papar sendiri dan jawatankuasa KDCA, saya dapat mengangkat nama Papar tahun ini,” katanya kepada pemberita.

Carol yang pernah menyertai pertandingan Unduk Ngadau DBKK pada 2019 berkata, persediaan menghadapi pertandingan itu memerlukan kekuatan mental yang tinggi.

Semasa pusingan pertama peringkat akhir UNK, kesemua 50 peserta dinilai berdasarkan kecantikan, pakaian dan sikap mereka sebelum mara ke 15 terbaik.

Pada pusingan seterusnya, 15 finalis dikehendaki menjawab dua soalan sebelum mara ke tujuh teratas.

Satu soalan mesti dijawab dalam bahasa ibunda mereka, manakala peserta mempunyai kebebasan untuk menjawab soalan lain dalam bahasa ibunda mereka, Melayu atau Inggeris.

Carol, yang memakai pakaian tradisional “Sia Do Binokian Papar”, menjawab dengan yakin dalam bahasa ibundanya, Kadazan Papar, untuk kedua-dua soalan.

Calby Floresa Dolinting yang mewakili Kota Marudu menduduki tempat kedua manakala Clerice Olivia Augustine @ Justin (Tambunan) merangkul tempat ketiga.

Calby dan Clerice masing-masing menerima hadiah wang tunai RM11,100 dan RM9,000, serta mahkota, trofi, biasiswa dan barangan tajaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.