Wanita mengaku salah anjur kutu libatkan 52 peserta kerugian lebih RM1 juta

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2026 • 1:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita mengaku salah anjur kutu libatkan 52 peserta kerugian lebih RM1 juta
Seorang wanita mengaku salah di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu atas pertuduhan menganjurkan kumpulan wang kutu yang melibatkan 52 peserta tanpa kebenaran membabitkan kerugian lebih RM1 juta.
Image from: Wanita mengaku salah anjur kutu libatkan 52 peserta kerugian lebih RM1 juta
Tertuduh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu.

ALOR SETAR - Seorang wanita mengaku salah di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Rabu atas pertuduhan menganjurkan kumpulan wang kutu yang melibatkan 52 peserta tanpa kebenaran membabitkan kerugian lebih RM1 juta. 

Tertuduh, Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad di Mahkamah Sesyen di sini.

Mahkamah tidak memberikan jaminan dan menetapkan 22 September depan untuk sebutan hukuman.

ARTIKEL BERKATAN: Suami isteri hilang kes duit kutu direman, disiasat kesalahan menipu

Tiga beranak dilapor hilang sejak 20 Julai

Mengikut pertuduhan, wanita yang merupakan seorang peniaga yang beralamat di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, Changlun dalam daerah Kubang Pasu didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu daripada Julai 2025 hingga Julai 2026.

**media[3612688]**

Kumpulan wang kutu tersebut melibatkan seramai 52 peserta berusia 24 hingga 62 tahun yang masing-masing dikehendaki membuat bayaran tunai kepada kumpulan tersebut yang merupakan satu perbuatan dilarang di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pada prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin dan Vatchira Wong Rui Fern memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 serta mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Menurut pihak pendakwaan, permohonan itu dibuat berikutan jumlah kerugian yang dialami mangsa dipercayai melebihi RM1 juta.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kemudian menetapkan 22 September depan untuk sebutan hukuman dan serahan fakta kes.

Dalam perkembangan sama, tertuduh dan pasangannya telah disambung reman dua hari di Mahkamah Majistret Alor Setar bermula Rabu.

Permohonan reman tersebut dibenarkan bagi membantu siasatan berkaitan kes sama melibatkan daerah Kota Setar.

Pada Khamis lalu, media melaporkan pasangan suami isteri yang sebelum ini dilaporkan hilang bersama anak mereka sejak 20 Julai direman selama empat hari selepas menyerah diri bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan wang kutu.

Perkara tersebut susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000 akibat urusan wang kutu berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved