Wanita Mengamuk Gara-Gara Pemandu Bas MRT Tak Buka Pintu Ketika Berhenti

2 Jan 2024 • 11:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tular di platform X mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang dilihat mengamuk terhadap pemandu bas MRT di Kuala Lumpur.

Menerusi video berkenaan, wanita berkenaan berang kerana pemandu bas tidak membuka pintu walaupun kenderaan awam itu berhenti untuk mengambil penumpang mengikut jadual yang ditetapkan.

Aku record tadi waktu kau berhenti lama-lama tepi jalan tu. Saya scan to ride, just because I use public transport, korang buat tepi-tepi jalan macam ni? Korang rendahkan public transport macam ni ke.

Dalam pada itu, pemandu bas berkenaan dalam keadaan tenang memaklumkan kepada wanita tersebut dia hanya mengikut jadual yang ditetapkan.

Masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan pemandu itu, wanita tersebut berkeras meminta nombor telefon pelayan pelanggan dan menggertak untuk membuat panggilan kepada pihak atasan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap wanita berkenaan sebagai keterlaluan dan ramai yang memihak kepada pemandu tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, seorang wanita mengadu keretanya dicalar individu dipercayai ‘ulat parking’ kerana enggan membayar RM15 caj parkir yang dikenakan.

Kredit: Platform X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7317957600492965122?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778