Wanita Meninggal Dunia Dalam Kereta Berkunci, Rupanya Sedang Berehat Ketika Jaga Bapa Sakit

21 Feb 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dilaporkan meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Memetik sumber Buletin TV3, wanita itu dijumpai tidak sedarkan diri dalam kereta Toyota Camry kira-kira 6.07 petang.

Dalam kejadian itu, pengawal kesihatan cuba memberi rawatan awal selepas bomba berjaya membuka pintu kereta namun dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rupanya berehat ketika jaga bapa sakit

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan, hasil siasatan pihaknya mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta terbabit dan pihak bomba berjaya membuka pintu kereta mangsa menggunakan peralatan khas.

“Dia masuk dalam kereta untuk berehat di tempat duduk belakang tanpa membuka cermin tingkap,” katanya.

image is not available

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan tabiat tidur di dalam kereta.

Hal ini kerana, jika enjin kereta dimatikan, sistem penghawa dingin tidak akan berfungsi dan kekurangan oksigen boleh menjadi punca kematian mengejut.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.