Wanita Mexico Dipenjara 6 Tahun Kerana Bunuh Perogolnya

18 May 2023 • 6:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Mexico Dipenjara 6 Tahun Kerana Bunuh Perogolnya

MEXICO CITY, 18 Mei (Bernama-dpa) — Seorang wanita pribumi di Mexico dijatuhi hukuman penjara enam tahun dua bulan pada Khamis kerana membunuh perogolnya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mahkamah mengakui wanita itu bertindak mempertahankan diri apabila dia membunuh penyerangnya pada 2021, namun berkata dia menggunakan kekerasan yang berlebihan.

Wanita berusia 23 tahun itu pada mulanya menumbuk lelaki berkenaan hingga pengsan, kemudian mencekiknya dan akhirnya cuba mengerat badannya. Dia menyimpan mayat itu sekurang-kurangnya 20 jam sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik dan meletakknya di atas jalan.

Mahkamah berkata ia mengambil kira “kelemahannya sebagai seorang wanita dan warga pribumi” dalam menjatuhkan hukuman.

“Ia adalah tentang nyawa saya atau hidupnya,” kata wanita itu dalam temu bual dengan saluran berita Eme Equis. “Saya hanya mahu mempertahankan diri saya daripada perogol,” katanya sambil menambah dia bertindak kerana takut.

Wanita itu bagaimanapun masih boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Ibu tunggal dari negeri selatan Oaxaca itu dibantu oleh pertubuhan wanita. Dia sudah menghabiskan sembilan bulan dalam tahanan pra perbicaraan sebelum dibebaskan sepanjang tempoh perbicaraan.

Sumber: BERNAMA-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved