
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dikenakan 10 sebatan kerana memiliki 68.7 gram syabu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelati Parnell menjatuhkan hukuman itu kepada Daniel Donny yang mengaku bersalah kepada pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu.
Pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa surat representasi telah diterima dan menawarkan pertuduhan alternatif kepada Daniel.
Daniel memiliki dadah itu pada 9.10 malam 11 Julai 2021 di tepi sungai di belakang kawasan perindustrian di lorong Kuala Neutron, Inanam, di sini.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Daniel menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 11 Julai 2021.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azreen Yas Mohamad Ramli hadir untuk pendakwaan manakala peguam Edward Paul mewakili Daniel.
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 35 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan mengedar 999.9 gram ganja.
Mahkamah membuat perintah itu terhadap Mohd Zakhuan Arief Isah, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Mahkamah menetapkan 6 Julai depan untuk pembelaan Mohd Zakhuan.
Dia didakwa mengedar dadah itu pada 11.45 pagi 2 Sept 2020 di GD Express (GDEX) Miles, Lorong Perindustrian Suria Kolombong, dekat sini.
Pihak pendakwaan telah memanggil 10 saksi dalam perbicaraan itu.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Najiha dari Jabatan Kastam manakala peguam Azhier Farhan Arisin mewakili Mohd Zakhuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


