Wanita miliki produk tidak daftar, kosmetik tanpa label didenda RM4,000

LocalBeauty
1 Mar 2025 • 3:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 43 tahun didenda sejumlah RM4,000 kerana memiliki produk tidak berdaftar dan kosmetik tanpa label.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, menjatuhkan hukuman ke atas Ernisah Jumdan selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan terhadapnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagi pertuduhan pertama, Ernisah didenda RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda kerana menjual satu jenis produk tidak berdaftar, iaitu Hydroquinone Tretinoin Brilliant Rejuv Topical Cream, kepada seorang wanita.

Bagi pertuduhan kedua, dia didenda RM1,500 atau penjara dua bulan kerana memiliki lapan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Antara produk tersebut ialah Ketoconazol Clobetasol Propionate Ointment, Hydroquinone Tretinoin Brilliant Rejuv, Ginseng Lin-Zi Ge Jie, HKT Herba Kurus Tradisi, dan Bambam Vitamin Gemuk.

Kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM50,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagi pertuduhan ketiga, Ernisah diperintah membayar denda lagi RM1,500 atau penjara dua bulan kerana memiliki 10 jenis kosmetik tanpa label.

Semasa mitgasi, Ernisah yang tidak diwakili, merayu hukuman ringan dengan mengatakan bahawa dia tidak akan mengulangi kesalahan itu dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dia juga memaklumkan mahkamah bahawa dia mempunyai anak yang perlu dijaga.

Pihak pendakwaan bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana kesalahan itu boleh membahayakan kesihatan orang awam memandangkan produk berkenaan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan tidak mempunyai label. Pegawai Pendakwa dari Jabatan Farmasi, Thai Yih Yang, mengendalikan pendakwaan.