
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap anak pasti mahu ibu bapa melihat setiap kejayaan yang dikecapi, kerana semua tahu perkara itu dilakukan bukan sahaja untuk masa hadapan tetapi untuk membalas jasa mereka.
Bahkan kejayaan yang dimiliki juga adalah salah satu impian ibu ayah yang selama ini bertungkus-lumus berkerja keras untuk memberikan anak-anak mereka hidup yang selesa dan pelajaran sehingga ke menara gading.
Namun ada segelintir yang tidak dapat menunjukkan kejayaan itu kepada ibu ayah mereka kerana sudah dijemput Ilahi.
Graduan minta photographer edit gambar bersama dengan arwah ibu dan ayah ketika konvo
Baru-baru ini, seorang graduan wanita telah menarik perhatian orang ramai apabila meminta jurufoto menyunting gambar graduasinya bersama arwah ibu dan ayah.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh jurufoto berkenaan, Kaybeeee di TikTok, dia telah berkongsi satu tangkap layar perbualan di antara dia dan graduan tersebut.
“Boleh ke tolong editkan gambar, masukkan ibu ayah saya dalam gambar nanti?” soalnya kepada jurufoto.
Di dalam perbualan itu gadis berkenaan meminta jurufoto terbabit untuk menyunting gambar ibu bapanya yang berjaya dirakam sewaktu majlis konvokesyen kakaknya.
Menurutnya ibu dan ayah telah meninggal dunia sejak berada di bangku sekolah.

Minta gambar lama untuk disunting
Jurufoto kemudian meminta agar gambar lama kakaknya itu diberikan terlebih dahulu untuk dinilai sama ada ia boleh disunting atau sebaliknya.
Graduan itu kemudiannya memberikan foto kakak bersama dengan arwah ibu dan ayah sewaktu majlis konvokesyennya.
Sebaik menerima gambar itu, jurufoto kemudian menyunting gambar graduan berkenaan dengan meletakkan ibu serta ayah berada di sebelahnya.
Malah turut kelihatan arwah ibu graduan berkenaan tersenyum sambil memegang dua jambak bunga.

Graduan turut kongsi cerita mengenai arwah ibu dan ayah
Dalam masa sama, graduan itu turut ada menceritakan mengenai hal berkenaan di dalam media sosial miliknya.
“Saya telah meminta jurufoto untuk membantu menyunting gambar ini kerana saya menyedari saya tidak ada gambar hanya bersama ibu bapa, mungkin ia kerana virus yang telah menyerang pada komputer di rumah dahulu.
“Arwah mak meninggal dunia beberapa bulan sebelum saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011. Kemudian, lebih kurang setahun lepas itu, arwah abah meninggal dunia sebelum peperiksaan akhir semester 1, Asasi Undang-undang.
“Pagi ini, saya telah menerima gambar hasil daripada ‘edit’ dan sedikit AI oleh jurugambar kami yang sangat berbakat, Photographer Serene Studio. Pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda tamat pada tahun 2017. Alhamdulillah atas rezeki Allah SWT, saya dapat meneruskan pengajian sarjana dalam mod penyelidikan, walaupun banyak ujian menimpa lebih-lebih lagi ujian kesihatan.
“Justeru, hantaran ini adalah penghargaan bagi insan-insan yang telah menyokong dan mendoakan saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh pengajian,” tulis graduan itu.

Ramai sebak lihat foto yang dah disunting
Meilhat di ruangan komen, ramai yang sebak dengan perkongsian tersebut. Namun ramai juga yang menyifatkan jurufoto sebagai seorang yang hebat kerana berjaya menyunting gambar tersebut dengan sempurna.
Bahkan gambar tersebut turut dilihat realistik seolah-olah arwah ibu bapa graduan ada di tempat yang sama sewaktu gambar diambil.
Tidak kurang juga ada mengucapkan terima kasih kepada Kaybeeee kerana dia telah menggembirakan hati orang lain dengan menyunting gambar tersebut.
“Ni lah contoh orang yang menggunakan kelebihan yang diberikan Allah SWT untuk bantu dan bahagiakan orang lain. Keep it up brother. Jangan penat tolong orang ya. Semoga pahala yang banyak untuk kau”

“Cantik! Macam saya juga, tapi edit sendiri jelah mampu. Semoga rezeki terus mengalir sebab dah tolong menceriakan adik tu”

“Terima kasih En Firdaus. Berair mati pagi-pagi dapat gambar ni”

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat bagi orang lain”


![“Mak Bapak Millenials The Best” – Gelagat Ibu Ayah Rakam Momen Anak Buat Persembahan Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)