Wanita Minta Sunting Gambar Pandang Kamera, Hasil “Tukang “Edit” Cuit Hati Ramai

16 Jan 2026 • 6:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Minta Sunting Gambar Pandang Kamera, Hasil “Tukang “Edit” Cuit Hati Ramai

Bila sebut saja mengenai majlis perkahwinan, pasti dalam fikiran kita nakkan majlis yang sempurna, pelamin yang indah dan detik-detik manis yang akan disimpan hingga ke anak cucu.

Pendek kata semua nak sempurna memandangkan hari bahagia itu diraikan seperti raja sekali seumur hidup.

Meskipun hari penuh bermakna ini telah dirancang sehabis baik dan tampak penuh ceria, namun, penat yang ditanggung raja sehari ini sahaja yang tahu. Bahkan kadangkala terlepas momen-momen penting.

Berkat kecanggihan aplikasi, telefon pintar kini dibekalkan dengan kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer yang boleh membuat kerja-kerja suntingan.

Dalam era digital masa kini, keupayaan individu untuk menyunting gambar bukan lagi sesuatu yang asing malah telah menjadi satu bentuk ekspresi diri yang semakin popular.

Jadi, tak hairan jika sekeping gambar yang dianggap tidak ‘sempurna’ boleh diselesaikan hanya melalui suntingan di telefon ini.

“Editkan muka saya pandang kamera..”

Baru-baru pemilik kepada akaun Facebook نور أنيسه telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?

Dalam hantaran itu, wanita itu memohon pertolongan orang ramai untuk menyunting gambarnya untuk memandang ke arah kamera.

“Siapa yang sudi editkan muka saya pandang kamera.. gambar macam ni semua candid takda tengok kamera pun. Terima kasihh,” katanya dalam hantaran itu.

image is not available
Gambar: Facebook نور أنيسه

Peluang sebegini sudah tentunya tidak dilepaskan oleh warganet untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.

Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar

Apa yang melucukan, penyunting gambar ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda dibawah;

image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?
image is not available
Gambar: Kumpulan Edit Apa Hari Ini?

Sumber: Facebook نور أنيسه via Kumpulan Edit Apa Hari Ini?

BACA: Minta Sunting Gambar Kahwin, Sekali Lihat Hasil Tukang “Edit” Buat Ramai Terhibur

BACA: Lelaki Minta Sunting Gambar Mata Kelihatan Terbuka, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”

The post Wanita Minta Sunting Gambar Pandang Kamera, Hasil “Tukang “Edit” Cuit Hati Ramai appeared first on Siakap Keli.