Wanita Mohon Hentikan Guna Lagu ‘Dame Un Grrr’, Dakwa Lirik Penuh Dengan Godaan Maksiat

EntertainmentLifestyle
19 Jul 2025 • 3:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Dame Un Grrr

Lagu ‘Dame Un Grrr’ adalah hasil kolaborasi penerbit muzik dari Romania, Fantomel dan penyanyi Kate Linn yang telah menjadi tular di TikTok dan mendapat perhatian meluas.

Lagu berdurasi dua minit ini menggabungkan genre Latin Pop dan Dance-Pop dengan lirik dalam dua bahasa juga iaitu Sepanyol dan Inggeris. Setakat hari ini, muzik video rasmi lagu ‘Dame Un Grrr’ itu telah meraih hampir 12 juta tontonan.

Di sebalik kerancakan trend lagu ‘Dame Un Grrr’ ini, ramai tidak menyedari rupanya terdapat unsur yang HARAM

image is not available
Kredit foto: Fantomel

Menerusi aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Tehania mendakwa bahawa lagu ini secara jelas menjurus ke arah perbuatan maksiat, selain mengandungi lirik dan maksud tersirat yang berkait dengan godaan dan nafsu seksual.

Contohnya, verse lirik you taste so good, like dulce de leche, pull me close like telenovela, Dame un grr…

image is not available
Kredit foto: Tiktok Tehania

Tehania juga menyeru kepada masyarakat untuk menyampaikan mesej ini kepada orang ramai dan bersama-sama mencegah yang haram serta lebih banyak mengamalkan kebaikkan.

Pssttt! Sebagai umat Islam, kita wajar lebih peka dalam memilih trend hiburan, khususnya lagu yang liriknya boleh melalaikan dan menjauhkan kita daripada nilai yang telah Islam ajarkan.

Kredit: Tiktok Tehania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.