Wanita mohon maaf buka kisah bekas suami kahwin lain, rayu netizen hentikan kecaman

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 6:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita mohon maaf susulan isu membuka kisah bekas suaminya nikahi wanita lain selepas seminggu berpisah.

Menurut laporan mStar, wanita yang dikenali sebagai Nurul Syazwani mengakui tindakan tersebut adalah kesilapannya sendiri dan tidak mempunyai niat untuk membuka aib atau menyindir mana-mana pihak.

Tujuan perkongsian tersebut hanyalah untuk menjawab persoalan berkaitan status rumah tangganya bersama bekas suami bagi menggelakkan sebarang fitnah berlaku.

Wanita mohon maaf

image is not available

“Saya ingin memohon maaf kepada bekas suami, isteri baharunya serta keluarga mereka berhubung posting yang viral di Facebook. Semua yang terjadi adalah khilaf daripada saya.

“Tujuan saya post gambar perkahwinan (bekas suami) adalah kerana saya menerima banyak mesej mengenai perkahwinan mereka.

“Semua orang tertanya-tanya dan tag saya di Facebook. Jadi posting saya di Facebook bukanlah bertujuan membuka aib atau menyindir tetapi untuk mengelakkan daripada fitnah,” katanya.

Jelasnya lagi, dia sudah sedia maklum berkaitan perkahwinan baharu bekas suaminya itu sejak Julai lalu.

Susulan itu, dia memohon kepada semua orang untuk berhenti menyerang bekas suami dan isteri baharunya memandangkan sebelum ini mereka sudah bersetuju untuk berpisah secara baik.

Wanita mohon maaf

image is not available

image is not available

“Sehingga ke hari ini, tiada pergaduhan yang berlaku. Sepanjang berkahwin, suami menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan juga anak.

“Saya mohon agar sahabat-sahabat semua hentikan segala kecaman dan izinkan kami meneruskan kehidupan masing-masing,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial seorang jururawat diceraikan selepas lima tahun menjaga suami sakit dengan memuat naik sebuah hantaran menzahirkan ucapan tahniah atas perkahwinan baharunya.

Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan netizen bertindak ‘menyerang’ media sosial bekas suaminya.

image is not available

Sumber: mStar