Wanita nafi tuduhan curang dengan anggota polis, dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga

LocalPolitics
8 Oct 2024 • 4:39 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tular satu video perkongsian dari seorang lelaki yang mendakwa isterinya curang dengan seorang anggota polis.

Katanya, sebelum ini dia hanya mendengar cerita kisah curang isterinya dari orang terdekat.

https://www.tiktok.com/@angahtowing7/video/7423039595429776648?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7421430034931992072

Bagaimanapun, isterinya yang dikenali sebagai Muny Haniey tampil menafikan semua tuduhan dan mendakwa beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga lelaki itu.

image is not available

Menerusi hantaran di Facebook itu, dia juga menyatakan dia merupakan isteri kedua atau ketiga lelaki berkenaan yang tidak diberikan nafkah dan digantung tidak bertali.

image is not available

“Saya yang menafkahi diri saya sendiri serta anak yang bersama saya,dan saya terpaksa membuat 2-3 kerja termasuk grab sambilan untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak disebabkan lelaki tersebut yang menghalangi saya bekerja sebelum ini.

“Sebelum ini saya pernah bekerja, tapi disebabkan sikap cemburunya, saya disuruh berhenti sedangkan dia tidak tunaikan tanggungjawab beri nafkah,” katanya.

image is not available

Dalam hantaran berkenaan juga, wanita berkenaan turut menyertakan beberapa bukti tentang apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan terhadapnya.