Wanita nyaris maut kereta masuk gaung setinggi 60 meter

LocalCars
4 Oct 2024 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Seorang wanita berusia 22 tahun nyaris maut apabila kereta dipandu terjunam ke dalam gaung setinggi 60 meter berhampiran Kampung Minangkob, Tamparuli, dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang memandu pacuan empat roda (4WD) Isuzu Dmax dilaporkan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.09 petang daripada orang awam yang menyaksikan kejadian.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi kejadian dengan jentera serta kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang mangsa mangsa wanita mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke hospital Tuaran menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut,” katanya dihubungi, Khamis.

Mohammad Nor berkata, pihak bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan lokasi dan kenderaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

“Operasi ditamatkan jam 3.15 petang kemudian,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.