Wanita Nyaris Maut, Kereta Suzuki Swift Dihempap Runtuhan Struktur Besi Di MRR2

LocalCars
18 Nov 2025 • 4:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Hari ini (18 November) kecoh di media sosial penularan satu video memaparkan insiden mencemaskan apabila sebuah kereta jenis Suzuki Swift dihempap dengan struktur besi sewaktu berada di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2), Batu Caves.

Menerusi video dashcam yang tular di Facebook, kelihatan kereta itu yang sedang bergerak di lorong tengah tiba-tiba dihempap dengan struktur besi berkenaan yang runtuh sewaktu pemandu melalui bawahnya.

Dalam video dascham itu dipercayai insiden tersebut berlaku jam 1.35 tengah hari, hari ini (18 November).

Runtuhan binaan projek ECRL hempap kereta Suzuki Swift

Memetik laporan Harian Metro, kenderaan tersebut dipandu oleh seorang wanita.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan jam 1.47 tengah hari.

“Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan menghempap sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati mangsa sudah berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” jelasnya.

Polis sahkan pemandu wanita selamat

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir turut mengesahkan pemandu yang terbabit dalam insiden tersebut selamat.

@msaanirhays

Struktur falsework pembinaan rel ECRL di Jalan Gombak menghala ke Tol Gombak telah runtuh dan menghempap sebuah kenderaan. Nasib pemandu tidak diketahui.

♬ Musik Sedih – Khalif Arkhan