Polis Lanjutkan Tahanan Lelaki 54 Tahun, R*gol Jiran Umur 13 Tahun

11 Nov 2025 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Minggu lepas, polis telah menahan seorang lelaki berusia 54 tahun berhubung dengan kes rogol yang melibatkan jirannya sendiri yang berumur 13 tahun di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung dengan kejadian itu kira-kira pukul 8.15 malam pada 2 November lalu.

Tahanan reman dilanjut

Laporan tersebut dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 35 tahun dan suspek ditahan di lokasi kejiranan mangsa pada hari laporan tersebut dibuat. Menurut sumber, suspek telah mengenali mangsa sejak kanak-kanak itu berumur 6 tahun.

Suspek telah direman selama 7 hari untuk membantu siasatan dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

image is not available

Bagaimanapun, selepas 7 hari, tahanan reman terhadap suspek disambung 5 hari lagi sehingga Khamis ini. Noor Ariffin berkata, suspek dijangka akan dituduh minggu ini dan pihak polis akan mengemaskini tarikh sebutan nanti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau mana-mana berhampiran dengan segara.

Sumber : Astro Awani, Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.