
Masih banyak pihak yang tak faham kesusahan yang dihadapi oleh golongan orang kurang upaya (OKU), apabila kemudahan yang disediakan untuk mereka tak diselenggara dan dipastikan dalam keadaan yang baik sepanjang masa.
Seperti baru-baru ini, seorang netizen telah memuat naik gambar di Twitter menunjukkan seorang wanita berkerusi roda terpaksa dibantu oleh tiga polis bantuan dan seorang lelaki selepas lif di KTM Seremban dikatakan tidak berfungsi.
Dari nak awal jadi lambat sebab kemudahan lift rosak. Terpaksalah minta bantuan polis bantuan , terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau takde dorang memang melopong jela. I hope pihak @ktm_berhad bole fix kan masalah lift ni dengan cepat ya pic.twitter.com/emejDnEEzj
— idontknowsodontaskme (@ashneko02) June 27, 2022
Ramai netizen telah memuji tindakan polis bantuan yang membantu wanita itu namun turut meluahkan rasa tak puas hati mereka dengan insiden ini.
Malah ada juga beberapa netizen yang mendakwa lif di KTM Seremban ini dah bertahun tak berfungsi.

Ekoran ciapan ini juga, Railway Assets Corporation menerusi Facebook mereka telah memberikan kemaskini terbaharu mengatakan bahawa pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya telah pun turun ke lokasi dan membaiki lif tersebut.
Pihak kontraktor dan JKR telah melaksanakan kerja baik pulih lif di Stesen Keretapi Seremban pagi tadi.Kini kemudahan…
Posted by Railway Assets Corporation on Monday, June 27, 2022
Alhamdulillah, menjadi juga benda-benda viral ni. Harapnya lepas ni pihak bertanggungjawab lebih teliti dengan kerosakan yang berlaku supaya kejadian seperti ini tidak berulang.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

