Wanita pandu cuai hingga sebabkan kemalangan didenda

29 Feb 2024 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 30 tahun didenda RM5,000 atau dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa sehingga menyebabkan kemalangan, tiga tahun lalu.

Chong Li Ying mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Wan Ghazali melakukan kesalahan itu ketika memandu kereta Proton Saga di Jalan Kepayan-Kobusak di Penampang, pukul 11.50 pagi pada 24 Jun, 2021.

Mahkamah dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa siasatan mendapati Chong, yang memandu dari Kg Kobusak ke Penampang dan memotong ke laluan bertentangan ketika dia tiba di selekoh Jalan Kepayan-Kobusak.

Seorang penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat, yang menyebabkan kemalangan itu, mahkamah diberitahu.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Penunggang motosikal dan pembonceng terbabas ke bahagian kiri jalan dan terjatuh.

Mereka mengalami kecederaan dengan pemboncengnya mengalami kecederaan parah, patah paha kanan dan luka di lutut kanan, kata pendakwaan.

Tidak diwakili, Chong merayu hukuman ringan dengan mengatakan dia tidak melarikan diri selepas kejadian, ia merupakan kemalangan jalan raya pertamanya, mempunyai komitmen dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan serupa pada masa hadapan.

Pegawai pendakwa trafik Inspektor Mohd Firdaus Che Mustafa menggesa hukuman setimpal.

Chong didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman denda antara RM5,000 dan RM10,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga memerintahkan lesen memandunya diendors pada sabitan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 36 tahun didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Penampang, empat tahun lalu.

Chau Kim Chai mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Chau dituduh memandu kereta Toyota Avanza dengan cara berbahaya dan menyebabkan kematian penunggang motosikal Binsar Abdul San dan pembonceng Salwa Amrun pukul 2.50 petang pada 3 April, 2020 di Jalan Noosob Hungab.

Pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan yang itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan 10 tahun dan denda antara RM20,000 dan RM50,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Mac untuk pengurusan kes dan membebaskan Chau, yang diwakili peguam Luke Ressa Balang, dengan ikat jamin sebanyak RM1,500 beserta seorang penjamin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.