Wanita pandu cuai, sebabkan kemalangan didenda

9 Mar 2023 • 4:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 23 tahun didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa sehingga mengakibatkan kemalangan, dua tahun lalu.

Anisa Tajul mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan kesalahan itu ketika memandu di sepanjang Jalan Tuaran By-pass, dekat sini pada jam 12.55 tengah hari 28 Jan 2021.

Kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) itu membawa hukuman denda antara RM4,000 dan RM10,000 dan boleh dipenjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga memerintahkan lesen memandu Anisa diendorskan dengan sabitan tersebut.

Pegawai Pendakwa Trafik Khairul Nizam hadir untuk pendakwaan.

Di mahkamah sama, seorang wanita dan seorang lelaki masing-masing didenda RM1,000 atau penjara dua bulan kerana membeli nombor 4D haram.

Jarvis Simon Rayner Molikun, 27, dan Hilida Primus, 45, mengaku secara berasingan kepada pertuduhan terhadap mereka.

Jarvis didapati membeli nombor loteri 4D tanpa lesen pada jam 3.30 petang 9 Julai 2022 di hadapan sebuah kedai farmasi di Dongonggon.

Sementara itu, Hilida telah membeli nombor loteri 4D haram itu pada jam 3.30 petang 13 Jan tahun ini di kawasan Putatan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie Kupit.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.