Wanita Pecahkan Kereta Sebab Tak Puas Hati Kena Tarik Dengan Bank

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita sanggup memecahkan cermin keretanya sendiri jenis Honda City hanya kerana tidak mahu keretanya ditarik pihak bank.

Tindakan wanita tempatan itu turut tular di internet yang menunjukkan dia menggunakan batu bata memecahkan cermin depan dan sisi kereta berwarna hijau muda.

Selain wanita itu, kelihatan seorang lelaki turut bertindak perbuatan sama.

Difahamkan, wanita berkenaan merosakkan bahagian kereta itu kerana ia merupakan hasil daripada duit peluh pemilik selama ini membuat kemasan pada kereta terbabit.

Kereta tersebut juga dipercayai sudah lapan bulan tidak dibayar kepada bank berkenaan.

Hantaran video itu mendapat pelbagai reaksi warga maya, ada yang mengatakan tindakan itu hanya sia-sia kerana ia akan membuatkan kereta tersebut tidak dapat dilelong dengan harga sepatutnya bagi membantu dia mengurangkan bebanan hutang bank.

Ada yang mengatakan wanita tersebut akan disenarai hitam untuk selamanya dan berpendapat dia akan kerugian kerana akan menanggung kos besar pada kemudian hari.