
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut melihat kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah ‘disimbah’ dengan nasi.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan badan kenderaan berwarna kelabu itu dipenuhi nasi yang melekat.
Menurut wanita berkenaan, kereta tersebut tidak mengganggu jalan dan kenderaan lain masih boleh melintas laluan tanpa sebarang halangan.
“Saya baru pulang ke rumah selepas beberapa bulan. Kenderaan mertua saya diletakkan di dalam garaj, menyebabkan saya terpaksa meletakkan kereta di hadapan rumah.
“Persatuan Kejiranan (RT) turut mengetahui tentang keberadaan kereta tersebut,” katanya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 31,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Memang boleh lalu, tetapi tengok juga keadaan jalan,” kata seorang netizen.
“Kalau tengok dari pantulan badan kereta, jalan itu sempit!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Wanita pelik, kereta parkir depan rumah disimbah nasi appeared first on Kosmo Online.

