Warga emas maut dalam kemalangan langgar lari

8 Sep 2026 • 7:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas maut dalam kemalangan langgar lari
Seorang wanita warga emas maut dipercayai dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di kawasan parkir Pangsapuri Desa Green di sini hari ini. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas maut dipercayai dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di kawasan parkir Pangsapuri Desa Green di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa warga, seorang tempatan berusia 81 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada kepala.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku pada 2.20 petang ketika mangsa dikatakan baru keluar daripada sebuah kenderaan e-panggilan dan berjalan menuju ke blok kediamannya sebelum tersandung serta terjatuh di atas jalan.

"Selepas itu, sebuah kenderaan disyaki kereta bergerak lurus ke hadapan dan melanggar mangsa sebelum pemandunya tidak berhenti serta terus meninggalkan tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata, setakat ini pemandu kereta dipercayai terlibat dalam kemalangan itu masih belum tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Irwandy Hamled di talian 013-515 5656 bagi membantu siasatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved