Wanita pengsan ketika 'hiking' di Bukit Jugra

8 Jul 2023 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian bersama sekumpulan rakannya di Bukit Jugra, Banting, Selangor pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian bersama sekumpulan rakannya di Bukit Jugra, Banting, Selangor.

Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.58 pagi pada Sabtu.

"Mangsa berusia 30 tahun telah pengsan ketika mendaki bersama empat rakannya di Bukit Jugra.

"Ketika bomba tiba di lokasi, mangsa didapati dalam keadaan sedar dan mengalami keletihan.

"Justeru, bomba bertindak mengusung mangsa turun menggunakan peralatan khas," kata pusat gerakan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, mangsa telah diberikan rawatan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved