Wanita Pengsan Tak Boleh Terima Akan Diceraikan Tapi Suami Buat Tak Tahu, Jauhkan Diri

Family & Parenting
29 Jun 2022 • 5:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa saja yang mahu perkahwinan yang dibina bersama pasangan tercinta musnah, tetapi kadang-kala jika tiada daya untuk pertahankan hubungan suami isteri berkenaan, maka mungkin berpisah adalah jalan yang terbaik.

Namun, tidak semua pasangan berani serta kuat untuk melakukan perkara terbabit kerana memikirkan masa depan anak-anak tercinta.

Sama seperti pasangan suami isteri di Indonesia ini apabila isteri seperti tidak dapat menerima apabila si suami membuat tuntutan untuk bercerai.

Di dalam video berkenaan, si isteri kelihatan sangat lemah hingga pengsan di kerusi ruangan menunggu ketika sedang menunggu waktu masuk sidang.

Lebih menyedihkan apabila si suami tidak mengendah langsung apabila wanita terbabit pengsan dan memilih untuk duduk berjauhan dari kawasan wanita itu pengsan.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar wanita itu membuka hati untuk menerima perkara yang terjadi dengan ikhlas dan dalam pada itu, mereka juga berasa geram melihat lelaki terbabit sama sekali tidak mempunyai perasaan belas kasihan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

(VIDEO) "Cukup Sampai Sini Je" - Tular Video Shuk Akui Menyesal, Rossa Sera Tampil Beri Respon