
TAWAU: Seorang wanita berusia 27 tahun yang mengaku bersalah memukul seorang lagi wanita kerana mengesyaki wanita itu mengganggu rumah tangganya, dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun.
Majistret Don Stiwin Malanjum membebaskan Asfarani Hamka, dengan bon berkelakuan baik dengan deposit RM1, 000 dan RM500 yang perlu dibayar kepada mahkamah serta dua orang penjamin tempatan.
Ibu kepada dua anak berusia empat tahun empat bulan yang masih menyusu badan itu menyerang dan memukul Nur Fazreena Rhyme @ Reymie dengan tangannya di Kedai 2020 Aksesori Kereta 4 X 4, Pusat Komersial Ba Zhong, tengah hari 19 April tahun ini.
Sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah bertanya kepada Asfarani kenapa dia memukul mangsa dan diberitahu bahawa wanita itu (mangsa) mengganggu rumahtangganya.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Apa yang kamu dapat selepas pukul? Yang salah bukan perempuan itu sahaja kan, yang lelaki pun salah... Kamu serang dapat malu saja kan? Jadi kamu sudah menyesal?” tanya mahkamah kepada Asfaranu yang hanya mengangguk.
Terdahulu, Asfarani yang diwakili peguam Jhasarry P. Kang dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya dan dia juga sudah menyesal serta berjanji tidak mengulanginya lagi.
Berdasarkan fakta kes, Asfarani datang ke tempat kerja mangsa bersama adiknya lalu memukul mangsa dengan tangan dan menarik tudung mangsa sebelum dileraikan oleh suami Asfarani yang bekerja sebagai mekanik, lalu membawanya keluar dari kedai tersebut.
Kesalahan itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Intan Jamrin, menjalankan pendakwaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
