Wanita rugi RM1.29 juta, terperdaya pelaburan saham tidak wujud

LocalBusiness & Finance
31 Mar 2025 • 4:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUANTAN, 31 MAC: Seorang juruaudit syarikat kerugian RM1.29 juta akibat terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang ditawarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 43 tahun itu dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan berkenaan pada 16 Julai 2024.

Beliau berkata mangsa yang juga seorang subkontraktor kemudiannya melabur RM50,000 dalam pakej asas dan menerima pulangan modal serta keuntungan RM49,000.

“Dalam tempoh 16 Januari hingga 25 Mac lalu pula, mangsa membuat 26 transaksi ke dalam lima akaun bank berbeza berjumlah RM1.29 juta.

“Bagaimanapun, mangsa mula mengesyaki diperdaya selepas diminta membuat pembayaran tambahan, yang kononnya sebagai caj pengeluaran keuntungan dianggarkan bernilai lebih RM3.1 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang melabur menggunakan wang simpanan, gadaian barang kemas dan pinjaman wang daripada rakan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved