Wanita rugi RM112,500 lepas kenal ‘pilot’ di TikTok

LocalBusiness & Finance
29 Aug 2026 • 5:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita rugi RM112,500 lepas kenal ‘pilot’ di TikTok

LABUAN – Seorang wanita menjadi mangsa penipuan cinta atau love scam apabila kerugian RM112,500 selepas terperdaya dengan lelaki didakwa juruterbang dari Amerika Syarikat yang dikenali menerusi aplikasi TikTok.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Wan Mohd. Firdaus Wan Zaki berkata, mangsa berkenalan dengan suspek menerusi platform media sosial itu sebelum menjalinkan hubungan romantik secara dalam talian.

Beliau berkata, suspek kemudian memaklumkan akan menghantar bungkusan kepada mangsa yang didakwa mengandungi wang tunai berjumlah AS$447,000.

“Pada 25 Ogos lalu, mangsa dihubungi seorang individu yang mendakwa pengurus sebuah syarikat penghantaran dan memberitahu bungkusan itu ditahan di sempadan Singapura-Malaysia.

“Mangsa kemudian diarahkan membuat beberapa bayaran bagi tujuan pelepasan bungkusan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Wan Mohd Firdaus berkata, mangsa yang mempercayai dakwaan itu membuat beberapa transaksi ke akaun bank yang diberikan suspek menyebabkan kerugian keseluruhan RM112,500.

“Selepas membuat bayaran itu, mangsa mendapati suspek menyekat nombor telefonnya dan tidak dapat dihubungi. Mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita rugi RM112,500 lepas kenal ‘pilot’ di TikTok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved