Wanita rugi RM20,000 akibat penipuan pembelian anak patung Labubu

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2024 • 2:48 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita mengalami kerugian kira-kira RM20,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian anak patung Labubu yang sedang popular di media sosial.

Insiden ini berlaku apabila mangsa, seorang wanita berbangsa Cina berusia 20-an, tertarik dengan tawaran harga rendah oleh seorang penjual di Instagram.

Menurut laporan China Press, mangsa telah membuat laporan polis pada Sabtu, 26 Oktober lalu dan menyatakan dia mula mengenali penjual tersebut pada Ogos lalu.

Penjual berkenaan mempunyai hampir 3,000 pengikut dan banyak mendapat ulasan positif daripada pelanggan terdahulu. Terpengaruh dengan reputasi tersebut, mangsa membuat pembelian pertama anak patung Labubu dengan bayaran sekitar RM2,000.

Mangsa menerima barang yang dibeli tepat pada masa yang dijanjikan. Setelah diperiksa, dia yakin bahawa barang tersebut adalah asli dan berkualiti. Lalu dia pun memutuskan untuk membeli lagi dengan jumlah yang lebih besar.

Dalam pembelian kali kedua, penjual meminta mangsa untuk membuat transaksi pembayaran secara online ke lima akaun bank berbeza. Berdasarkan kepercayaan dari transaksi pertama, mangsa mengikut arahan tersebut dan memindahkan wang kira-kira RM20,000.

Namun, selepas dua hari kemudian, mangsa masih tidak menerima sebarang maklumat mengenai penghantaran barang. Ketika cuba menghubungi penjual, dia mendapati dirinya telah disekat dan barulah dia tersedar dirinya telah ditipu.